Jerawat batu

Posted on March 1, 2012

0


Cara menghilangkan jerawat batu
Masalah jerawat ni sering menghantui diri sesetengah individu. Kebanyakannya dialami oleh golongan remaja lah. Masa ni jerawat memang tengah galak baru nak tumbuh. Kalau tak dijaga, dikhuatiri melarat plak nanti.

Tak dinafikan juga, orang dewasa pun ramai yang mengalami masalah ni. Sebenarnya, pelbagai cara dan petua yang boleh anda cuba dan amalkan. Ada yang memakan masa yang agak lama untuk sembuh dan begitulah sebaliknya. Ia bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah cara hidup anda sendiri.
mencuci muka mengelakkan ditumbuhi jerawat
Anda boleh melihat antara petua kecantikan untuk hilangkan jerawat yang pernah saya kongsikan di sini dan juga di sini.Kali ni saya nak tambah satu lagi petua. Sesuai untuk anda yang ada jerawat batu. Gunakan bawang putih jer. Jom kita tengok cara menghapuskannya.🙂
1. Ambil seulas bawang putih dan basuh dulu supaya bersih.

2. Titikkan dulu bawang putih tu dan sapukan pada tempat yang ditumbuhi jerawat batu.

3. Amalkan sehinggalah semua jerawat tu hilang. Mudah, kan?

power by http://petuasejagat.blogspot.com

Posted in: jerawat