Jenis kulit wajah

Posted on February 28, 2012

0


Apakah Jenis Kulit Wajah Anda?

Adakah anda mengetahui jenis kulit wajah anda dengan baik? Percayalah bahawa seseorang itu tidak dapat mencantikkan wajahnya tanpa mengetahui jenis kulitnya dan cara yang betul untuk bertindak dengannya.

Terdapat 4 jenis kulit wajah iaitu kulit normal, kulit berminyak, kulit kering dan kulit sensitif. Untuk mengetahui jenis kulit anda dengan cara mudah maka ambil selembar tisu atau kertas makeup khusus untuk mengangkat minyak, lalu perhatikan di mana minyak-minyak di wajah anda berkumpul. Lakukan sekitar beberapa jam setelah wajah dibersihkan, dalam suhu ruangan yang normal (tidak dingin, tidak panas). Tekan-tekan tisu tersebut di titik T-zone (hidung dan daerah dahi bagian atas alis mata), lalu perhatikan. Alihkan ke titik-titik lain di wajah Anda, dan perhatikan lagi sisanya. Berikut tanda-tandanya dan ertinya:

1) Kulit normal:

Tidak ada banyak sisa minyak, atau ada sedikit sisa minyak dari wajah di titik T-zone. Jika kulit anda normal, kulit wajah anda akan terasa lembut dan kenyal di seluruh bagian wajah secara merata.

2) Kulit kering:

Seperti kulit normal, tisu tak akan banyak mengandung minyak, namun akan ada kulit-kulit yang mengelupas, terasa kencang, dan kering.

3) Kulit berminyak:

Akan tersisa banyak sisa minyak di tisu atau kertas minyak yang anda gunakan, namun minyak ini berasal dari seluruh bagian wajah, daerah T-zone, pipi, dagu, dan dahi. Mudah untuk mengenali kulit berminyak, karana biasanya jenis kulit ini memiliki pori-pori besar dan berjerawat.

4) Kulit Sensitif:

Kulit sensitif tidak akan banyak meninggalkan sisa minyak, tapi akan cenderung kering. Sering berwarna kemerahan, mengelupas, dan sering terasa gatal ketika diaplikasikan produk perawatan kulit, juga rawan berjerawat.

Setelah mengetahui jenis kulit wajah, akan lebih mudah untuk merawat dan membeli produk perawatan yang paling tepat untuknya. Namun perlu diingat, ini adalah teknik yang hanya diketahui dengan pandangan abstrak untuk mengetahui jenis kulit. Jika anda masih belum yakin atau ingin lebih tahu dengan mendalam lagi rawatan kulit wajah anda, temuilah doktor kulit atau pakar kesihatan kulit untuk mendapatkan perawatan yang terbaik.

Perawatan kulit wajah yang sesuai dengan jenis kulit:

1) Kulit normal:

Bagi anda yang memiliki kulit jenis ini bersyukurlah kerana anda mendapat kulit jenis ini. Anda harus menjaga kecantikan kulit dengan teratur agar kulit anda terus kekal lembut, halus dan bercahaya. Bersihkan kulit anda setiap hari dengan air dan sabun dengan baik dan tidak dedahkan kulit wajah kepada kesejukkan yang sangat atau suhu panas yang berlebihan atau mendedahkannya kepada sinar matahari terlalu lama.

2) Kulit kering:

Kulit kering terbahagi kepada dua jenis iaitu kulit kering kurang lemak dan kulit kering kurang air. Kulit kering yang kurang lemak kelihatan tegang kering akan tetapi ia lembut seperti menyentuh kertas. Selalu gunakan pelembab secara teratur disertai dengan suplemen yang bergizi tinggi. Lindungi wajah dari sinar matahari dan perbanyak pengambilan buah dan sayuran.

Manakala kulit kering kurang air biasanya tegang kering lembut sentuhan dan adakalanya muncul banyak garisan-garisan merah kecil, terutama bagi wanita yang kulit putih dan adakalanya bercampur dengan kedutan. Rawatan kulit jenis ini ialah dengan pemakanan kulit alami demikian pembersih alami serta menggunakan masker secara teratur.

3) Kulit berminyak:

Bersihkan kulit wajah secara teratur dan pertahankan keseimbangan pH kulit. Hindari makanan berlemak, berminyakdan berkadar gula tinggi. Usahakan pola tidur yang teratur.

4) Kulit Sensitif:

Mengambil kadar yang sempurna dari pemakanan yang seimbang serta pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin (A, B dan C). Penjagaan kulit jenis ini memerlukan penggunaan satu masker khas bagi kulit sensiti sekurangya sekali dalam seminggu dengan tidak terdedah pada aliran-aliran udara sejuk atau terdedah dengan sinar matahari dan air masin dalam tempoh yang lama.

power by wanitasihat.com

Posted in: Kesehatan